Zaman kanak-kanak telah lama berlalu, zaman persekolahan telah berakhir, zaman mengejar segulung ijazah juga telah berlalu. Memasuki alam pekerjaan diam tak diam telah hampir 26 tahun bekerja dengan kerajaan. Pengalaman memang banyak namun kadangkala terasa lebih banyak kekurangan dalam melayani kerenah pelajar-pelajar era abad ke 21 ini. Kalau tahun 80an pelajar amat menghormati guru-guru mudah membentuk dan mengawal mereka. Masuk era 90an masih lagi terasa mudahnya kerana pelajar berlumba merebut yang terbaik untuk pencapaian akademik. Mulai 2000 semua berubah pelajar yang masuk belajar kurang motivasi dan bila melangkah ke tahun 20o8 apabila HP, Internet dan rakan sesawang perubahan tingkahlaku remaja amat merunsingkan. Kehidupan mula berubah banyak masa dihabiskan dengan sms, chatting dan kurang bergaul secara dekat dengan orang ramai dan masyarakat. Keadaan ini mungkin menyebabkan mereka kehilanagn identiti sebagai manusia.
Dalam diari kehidupan mereka lebiih terpengaruh dengan rakan-rakan terutama rakan sebaya. Kekeluargaan juga mula longgar oleh kerana desakan dalam menambah pendapatan bagi menampung kehidupan ibu juga terpaksa keluar untuk berkerja maka terdapat jurang pemisah antara anak dengan kedua ibubapa dirumah. Anak-anak ssamada dibesarkan oleh pengasuh atau ibu yang telah tua.(nenek) Anak anak ini membesar dengan ya atau tidak yang membuat mereka menjadi keliru. Pengasuh membesarkan anak-anak ini mengikut acuan mereka manakala ibubapa pula mendidik cara mereka. Kadang-kadang ya kadang-kadang tidak.
Memang dikatakan benih yang baik dicampak kelaut menjadi pulau namun dalam keadaan dunia globalisasi dan tanpa sempadan ditambah dengan teknologi dan gadjet yang banyak impian mungkin karam atau hilang dilanda gelombang. Persiapan tiada maka lemaslah kita dalam bayangan yang melekakan. Bila kita hendak tersedar . Ahli politik dengan agenda mereka, ahli akademik hanya mengkaji sahaja dengan kertas kerja dan seminar, guru-ustazah mengajar mengikut silibusnya peperiksaan A yang dikejar maka kemanusian, sifat insan akan hilang. Maka yang dikejar tak dapat yang dikendung habis terlepas berciciran. Dimana kita bila hendak bermula melakar dunia baru melahirkan insan yang benar-benar memakmurkan dunia dan negara. Motivasi di sana sini siapa yang memberi siapa yang mendengar. Kadangkala diberikan motivasi kepada kumpulan yang salah kumpulan sasaranya jauh tersasar.




