Bujang terasa mudah namun semua perlu dilakukan sendiri. Apabila beristeri baru merasa tanggungjawab.Tanggungjawab sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Banyak yang perlu diuruskan termasuk diri sendiri. Kita akan menjadi dewasa dengan pengalaman yang dilalui. Kesabaran kita pun meningkat dan tidak mudah melenting. Anak-anak menjadi keutamaan kadangkala lebih dari segalanya. Kita mahu anak-anak merasai kegembiraan hidup dan semua yang diingini kita cuba memenuhi. Anak-anak yang membesar dari bayi melangkah ke tadika kemudian kesekolah rendah dan menengah.Sedar tak sedar anak-anak kita telah meninjau alam kedewasaan dan menyambung pelajaran dan berjauhan. Tinggalah kita suami isteri dirumah. Kalau ada anak yang masih kecil sibuk lah kita melayani anak-anak kerana abang dan kakak teman mereka bermain bergurau senda jauh dimata.
Monday, 26 September 2011
Family Man

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment