Thursday, 8 September 2011

Tak Boleh Boleh

Apabila umur meningkat banyak perkara yang dulu jadi keutamaan ditinggalkan begitu saja. Semua ini disebabkan komitmen kita telah beralih kepada hal-hal berkaitan keluarga yang lebih penting. Keluarga menjadi keutamaan kerana kebahgiaan kita datangnya dari kebahgiaan keluarga kita. Ibu ayah menjadi contoh tauladan kepada pembesaran anak-anak. Cahaya mata menjadi penentu bagaimana kahidupan yang kita lalui. Anak-anak pandai menilai bagaimana bahtera yang kita layarkan sedang bergelora atau bergolak kerana mereka cepat matang dari persekitaran yang global sekarang. Orang dewasa menjadi rujukan utama dan apabila orang dewasa menjauhkan diri dari anank-anak maka mereka akan beralih kepada rakan sebaya, rakan sebaya kadangkala memberikan nasihat yang salah dan mereka sendiri kadang-kadang datang dari keluarga yang berantakan. Keciciran yang tinggi juga faktor penyumbang kepada kesilapan anak-anak apabila bergaul dengan rakan-rakan yang tercicir ini. Apabila anak kita meningkat umur 13 tahun ke atas mereka tidak lagi mahu dilayan seperti anak-anak kecil. mereka mengharapkan dilayan seperti orang dewasa. Kadangkala mereka macam kanak-kanak perlu dibelai dan diberikan semangat.

No comments:

Post a Comment