Wednesday, 14 September 2011

Kehidupan

Kehidupan adalah satu perjalanan, perjalanan yang telah direncanakan dari azali. manusia adalah insan yang diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini dengan segala macam kesempatan dan keutamaan. Hidup kita boleh memilih samada menjadi mudah atau sukar. Dengan sedikit usaha kita boleh berjaya asalkan kita percaya bahawa segala yang kita usahakan diberikan keberkatan. Berusahalah seolah-olah kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadahlah seolah kita akan mati esok. Kadangkala kita sendiri terlupa siapa kita. Kita adalah pelakun-pelakun yang berada di dalam pentas dunia. Kehidupan kalau salau perhitungan kita akan merasakan betapa sukar dan payahnya hidup ini. Kalau kita merasa kita telah sempurna sebenarnya kita menipu diri sendiri. Banayak yang perlu kita belajar kerana pengetahuan kta amat terbatas. Pembelajaran tidak akan habis bergitu sahaja. banayak yang perlu kita pelajari bagi melengkapkan diri kita melayari kehidupan. Anak-anak percayalah apa yang dikata atau dinasihatkan oleh orang tua banyak kebenaranya.



No comments:

Post a Comment