Saturday, 17 September 2011

Dewasa mengubah Diri Kita

Hari ini pertama kali menghadiri Majlis reunion pelajar-pelajar lepasan SM Vokasioanal tahun 1993-1994 dan jamuan hari Raya. Hampir 18 tahun tidak berjumpa masing -masing sudah dewasa dan sudah berumahtangga. Ada juga yang sudah mempunyai cahayamata. Melihat keadaan itu insaflah kita bahawa kita sudah memasuki fasa ketiga dalam kehidupan . Apa yang hendak dikatakan ialah kalau 18 tahun dahulu mereka inilah yang memeningkan kepala kita denga tingkahlaku dan ragam yang berbagai menguji kesabaran. Masa itu masih lagi kebudak-budakan dan memang suka melihat guru melenting marah. Namun sekarang mereka semua sudah dewasa punya tangungjawab dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar.

gambar sekadar hiasan

Mereka menjadi ibubapa pada anak-anak yang comel comel yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan ibu ayah yang telah melepasi fasa kedewasaan. perubahan akan menjadi dengan sendirinya. Mereka  ini dulunya tidak menunjukkan rasa hormat pada kita namun sekarang tinggi budi bahasanya. memang ketara perbuhan itu selaras dengan perubahan masa.Yang nakal mengakui kenakalanya dan berubah itulah yang paling diharapkan dari merka menjadi manusia berguna kepada agama,bangsa dan negara. Namun mungkin ada segelintir yang tertewas dengan nafsu berubahlah kerana perubahan itu sentisa ada.

No comments:

Post a Comment