Kerja berpasukan atau team work yang baik, menjadikan semua kerja yang nampak sukar dapat dilaksanakan.Berpakat berbincang dan melaksanakanya mengubah fizikal . Perubahan yang menjadikan apa yang kita rasa mustahil telah menjadi realiti. Semua orang terlibat dari perkara sekecil-kecilnya hinggalah yang besar. Soalnya mahu atau tidak? dan apabila kemahuan disertakan dengan kepuasan penghasilan atau penjelmaan bilik-bilik yang muram suram menjadi ceria dan kondusif. Hasil nasihat dari guru pelajar berkerjasama berlumba-lumba menjadikan bilik bersih dan ceria. Penerapan 5S mengubah(tranform ) semua bilik yang dulu tidak bemaya mendapat cahaya yang baru. Pelajar merasa gembira dan guru-guru senang hati kerana dapat menanamkan semanggat kerja dan menamalkan 5S. Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Budi tidak terbalas segunung emas. Semuga kerja-kerja baik ini diteruskan dan tidak pula ada yang berbisik mengatakan hanya ia seoarang yang melakukan.
No comments:
Post a Comment