Tuesday, 27 September 2011

di mana kita


Zaman kanak-kanak telah lama berlalu, zaman persekolahan telah berakhir, zaman mengejar segulung ijazah juga telah berlalu. Memasuki alam pekerjaan diam tak diam telah hampir 26 tahun bekerja dengan kerajaan. Pengalaman memang banyak namun kadangkala terasa lebih banyak kekurangan dalam melayani kerenah pelajar-pelajar era abad ke 21 ini. Kalau tahun 80an pelajar amat menghormati guru-guru mudah membentuk dan mengawal mereka. Masuk era 90an masih lagi terasa mudahnya kerana pelajar berlumba merebut yang terbaik untuk pencapaian akademik. Mulai 2000 semua berubah pelajar yang masuk belajar kurang motivasi dan bila melangkah ke tahun 20o8 apabila HP, Internet dan rakan sesawang perubahan tingkahlaku remaja amat merunsingkan. Kehidupan mula berubah banyak masa dihabiskan dengan sms, chatting dan kurang bergaul secara dekat dengan orang ramai dan masyarakat. Keadaan ini mungkin menyebabkan mereka kehilanagn identiti sebagai manusia.
Dalam diari kehidupan mereka lebiih terpengaruh dengan rakan-rakan terutama rakan sebaya. Kekeluargaan juga mula longgar oleh kerana desakan dalam menambah pendapatan bagi menampung kehidupan ibu juga terpaksa keluar untuk berkerja maka terdapat jurang pemisah antara anak dengan kedua ibubapa dirumah. Anak-anak ssamada dibesarkan oleh pengasuh atau ibu yang telah tua.(nenek) Anak anak ini membesar dengan ya atau tidak yang membuat mereka menjadi keliru. Pengasuh membesarkan anak-anak ini mengikut acuan mereka manakala ibubapa pula mendidik cara mereka. Kadang-kadang ya kadang-kadang tidak.
Memang dikatakan benih yang baik dicampak kelaut menjadi pulau namun dalam keadaan dunia globalisasi dan tanpa sempadan ditambah dengan teknologi dan gadjet yang banyak impian mungkin karam atau hilang dilanda gelombang. Persiapan tiada maka lemaslah kita dalam bayangan yang melekakan. Bila kita hendak tersedar . Ahli politik dengan agenda mereka, ahli akademik hanya mengkaji sahaja dengan kertas kerja dan seminar, guru-ustazah mengajar mengikut silibusnya peperiksaan A yang dikejar maka kemanusian, sifat insan akan hilang. Maka yang dikejar tak dapat yang dikendung habis terlepas berciciran. Dimana kita bila hendak bermula melakar dunia baru melahirkan insan yang benar-benar memakmurkan dunia dan negara. Motivasi di sana sini siapa yang memberi siapa yang mendengar. Kadangkala diberikan motivasi kepada kumpulan yang salah kumpulan sasaranya jauh tersasar.

apa yang mereka cari

Tak faham dengan sikap pelajar-pelajar sekarang walaupun telah diberikan didikan dan datang dari keluarga yang boleh dikatakan baik, tiada maslah dalam perhubungan antara ibudan ayah . Mereka seperti tidak terurus melata dan terbiar. Setiap pergerakan dan tingkahlaku sentiasa mahu memalu dan menconteng arang kemuka keluarga. Telah diberikan segala yang dimahu namun tidak menjadi tauladan anak-anak ini. Mereka mencabar semua peraturan kehidupan menjadi anakyang menderhaka dan menyusahkan semua orang. Dilayan denagan kasih sayang dimanja dan diberikan pendidikan agama namun tuntutan nafsu juga yang diturut.

Monday, 26 September 2011

Family Man



Bujang terasa mudah namun semua perlu dilakukan sendiri. Apabila beristeri baru merasa tanggungjawab.Tanggungjawab sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Banyak yang perlu diuruskan termasuk diri sendiri. Kita akan menjadi dewasa dengan pengalaman yang dilalui. Kesabaran kita pun meningkat dan tidak mudah melenting. Anak-anak menjadi keutamaan kadangkala lebih dari segalanya. Kita mahu anak-anak merasai kegembiraan hidup dan semua yang diingini kita cuba memenuhi. Anak-anak yang membesar dari bayi melangkah ke tadika kemudian kesekolah rendah dan menengah.Sedar tak sedar anak-anak kita telah meninjau alam kedewasaan dan menyambung pelajaran dan berjauhan. Tinggalah kita suami isteri dirumah. Kalau ada anak yang masih kecil sibuk lah kita melayani anak-anak kerana abang dan kakak teman mereka bermain bergurau senda jauh dimata.

Friday, 23 September 2011

Syawal hampir kepenghujungnya



Sudah sebulan meraikan bulan Raya jalanraya sentiasa sibuk dengan keenderaan kerana panggilan open house, open office dan macam-macam, Dari sudut perhubungan manusia bagus juga kerana masa inilah kita boleh beramah mesra kenal mengenal dan lebih memahami seseorang.Kalau bulan-bulan lain sibuk dengan tugas.Kalau bilanagan kakitangan ramai dan pejabat besar jarang juga bertemu. Disamping menjemu selera kita dapat bekerja sebagai satu pasukan dalam menyediakan persiapan tempat dan mengemas selepas selesai.
Makanan disedikan juga sangat banayak dan berjenis-jenis, jemputanpun silih berganti mengikut kelapangan. kepada yang telah diperhatikan oleh Doktor semasa makan beringat-ingat makanlah makanan yang sehat. Supaya kesihatan kita sentiasa terjamin dan dapat menjalankan kerja dengan lebih berkesan dan cemerlang.

Thursday, 22 September 2011

Sarapan Pagi

Semalaman tidur dan makan malam terakhir pukul 7 malam menyebabkan badan kekurangan kalori. Tidur juga menyebabkan pembakaran kelori walaupun tubuh terbaring seperati berehat. Kita akan merasa lapar dan perlu untuk makan. Masalahnya ialah timbul bila kita makan kerana makanan kita kaya dengan kabohidrat dan lemak. Makanan utama mudah ringkas dan murah roti canai teh tarik. Kalau tidakpun nasi lemak yang ironi sekali meegee. Makanan seperti buahan, sayuran dan kekacang jarang jadi menu sebab kebiasan kita sebagai orang Asia dan sudah diwarisi dari orang tua kita. Makanan itu sebenarnya sesuai sekali pada ketika dahulu sebab pekerjaan orang tua kita perlukan kudrat yang banyak dan sentiasa berpeluh namun kita sekarang bekerja kurang pengerakan dan jarang berpeluh.

Tuesday, 20 September 2011

MA DAI DAI: Carilah yang baik

MA DAI DAI: Carilah yang baik: Usahlah mencari kelemahan seseorang, kerana kekurangan serta kelemahan mudah dicari.Cuba kita mencari apakah istemewanya seseorang itu. Mak...

Carilah yang baik


Usahlah mencari kelemahan seseorang, kerana kekurangan serta kelemahan mudah dicari.Cuba kita mencari apakah istemewanya seseorang itu. Maka dapatlah kita menggunakan ya untuk kebaikan dan dapat menyumbang untuk semua. Tiada yang di kurniakan tidak berguna hatta batu-batu kerikilpun sangat berguna.Semua berharap kita menjadi terbaik namun kadangkala apa yang dihajatkan tidak tercapai kerana kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Kita adalah manusia yang biasa dan kekadang kita dapat tukarkan dari biasa menjadi luarbiasa tanpa diduga.

Saturday, 17 September 2011

Dewasa mengubah Diri Kita

Hari ini pertama kali menghadiri Majlis reunion pelajar-pelajar lepasan SM Vokasioanal tahun 1993-1994 dan jamuan hari Raya. Hampir 18 tahun tidak berjumpa masing -masing sudah dewasa dan sudah berumahtangga. Ada juga yang sudah mempunyai cahayamata. Melihat keadaan itu insaflah kita bahawa kita sudah memasuki fasa ketiga dalam kehidupan . Apa yang hendak dikatakan ialah kalau 18 tahun dahulu mereka inilah yang memeningkan kepala kita denga tingkahlaku dan ragam yang berbagai menguji kesabaran. Masa itu masih lagi kebudak-budakan dan memang suka melihat guru melenting marah. Namun sekarang mereka semua sudah dewasa punya tangungjawab dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar.

gambar sekadar hiasan

Mereka menjadi ibubapa pada anak-anak yang comel comel yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan ibu ayah yang telah melepasi fasa kedewasaan. perubahan akan menjadi dengan sendirinya. Mereka  ini dulunya tidak menunjukkan rasa hormat pada kita namun sekarang tinggi budi bahasanya. memang ketara perbuhan itu selaras dengan perubahan masa.Yang nakal mengakui kenakalanya dan berubah itulah yang paling diharapkan dari merka menjadi manusia berguna kepada agama,bangsa dan negara. Namun mungkin ada segelintir yang tertewas dengan nafsu berubahlah kerana perubahan itu sentisa ada.

FROM ZERO TO WORLD


 Dari tiada apa-apa bertukar wajah. Dimana ad

Wednesday, 14 September 2011

Kehidupan

Kehidupan adalah satu perjalanan, perjalanan yang telah direncanakan dari azali. manusia adalah insan yang diberikan kesempatan untuk hidup di dunia ini dengan segala macam kesempatan dan keutamaan. Hidup kita boleh memilih samada menjadi mudah atau sukar. Dengan sedikit usaha kita boleh berjaya asalkan kita percaya bahawa segala yang kita usahakan diberikan keberkatan. Berusahalah seolah-olah kita akan hidup 100tahun lagi dan beribadahlah seolah kita akan mati esok. Kadangkala kita sendiri terlupa siapa kita. Kita adalah pelakun-pelakun yang berada di dalam pentas dunia. Kehidupan kalau salau perhitungan kita akan merasakan betapa sukar dan payahnya hidup ini. Kalau kita merasa kita telah sempurna sebenarnya kita menipu diri sendiri. Banayak yang perlu kita belajar kerana pengetahuan kta amat terbatas. Pembelajaran tidak akan habis bergitu sahaja. banayak yang perlu kita pelajari bagi melengkapkan diri kita melayari kehidupan. Anak-anak percayalah apa yang dikata atau dinasihatkan oleh orang tua banyak kebenaranya.



Monday, 12 September 2011

Kerja bertangguh tidak menjadi Kerja beransur tidak tertahan

Terima kasih.
Kerja berpasukan atau team work yang baik, menjadikan semua kerja yang nampak sukar dapat dilaksanakan.Berpakat berbincang dan melaksanakanya mengubah fizikal . Perubahan yang menjadikan apa yang kita rasa mustahil telah menjadi realiti. Semua orang terlibat dari perkara sekecil-kecilnya hinggalah yang besar. Soalnya mahu atau tidak? dan apabila kemahuan disertakan dengan kepuasan penghasilan atau penjelmaan bilik-bilik yang muram suram menjadi ceria dan kondusif. Hasil nasihat dari guru pelajar berkerjasama berlumba-lumba menjadikan bilik bersih dan ceria. Penerapan 5S mengubah(tranform ) semua bilik yang dulu tidak bemaya mendapat cahaya yang baru. Pelajar merasa gembira dan guru-guru senang hati kerana dapat menanamkan semanggat kerja dan menamalkan 5S. Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Budi tidak terbalas segunung emas. Semuga kerja-kerja baik ini diteruskan dan tidak pula ada yang berbisik mengatakan hanya ia seoarang yang melakukan.

Saturday, 10 September 2011

9/11

Benarkah  9/11 berlaKU disebabkan ornag-orang Islam? Mengenangnya samalah seperti mengiakan sahaja apa yang disogok oleh Amerika. Walaupun lebih kurang  3000 orang mati seperti dilapurkan  berapa banyak pula nyawa orang Islam yang hilang disebabkan memerangi keganasan? Keganasan yang ditaja oleh pihak-pihak yang menuduh orang Islam Ganas. Kitapun tanpa usul periksa meraikan tragedi tsb sedangkan ianya hanya sandiwara.

Tahukah kita US  menanggung hutang yang banyak? kenapa berutang sebab tidak ada negara yang hendak diperangi. Negara Eropah juga terbeban dengan hutang dan kerana negara-negara ini yang berhutang kenapa kita yang perlu menanggung kesanya? Sedangkan negara kita subur untuk ditanam denagn segala jenis makanan dan boleh menternak segala jenis haiwan untuk dimakan( kecuali yg haram)
\
Teknologi penting tapi dengan teknologi sahaja rakyat tidak boleh hidup. Rakyat perlu makanan, tempat tinggal dan pengangkutan. Kemudahan ini sahaja yang diperlukan untuk kelansungan hidup.
Jangan kita terikut-ikut dengan budaya yang  tidak mendatngkan faedah kepada kita.

Ingatlah selalu musuh kita ada mereka yang tidak merasa puas dengan apa yang ada dan ada yang sanggup mengadaikan maruah demi populariti dan maksud yang tersirat.

Friday, 9 September 2011

kehidupan

Kehidupan
Masa yang berlalu tidak akan kembali. Masa akan datang perlu difikirkan . Kehormanian, kedamaian dan kemakmuran negara perlu kita utamakan. Huru hara dan ketidakstabilan menggangu semua yang dirancangkan sedangkan kita sedia maklum bahawa kehidupan kita kini sangat beruntung jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Kita beruntung hidup penuh kegembiraaan dan tidak pernah merasai kesusahan yang ditanggung oleh sesetengah orang,

Thursday, 8 September 2011

Tak Boleh Boleh

Apabila umur meningkat banyak perkara yang dulu jadi keutamaan ditinggalkan begitu saja. Semua ini disebabkan komitmen kita telah beralih kepada hal-hal berkaitan keluarga yang lebih penting. Keluarga menjadi keutamaan kerana kebahgiaan kita datangnya dari kebahgiaan keluarga kita. Ibu ayah menjadi contoh tauladan kepada pembesaran anak-anak. Cahaya mata menjadi penentu bagaimana kahidupan yang kita lalui. Anak-anak pandai menilai bagaimana bahtera yang kita layarkan sedang bergelora atau bergolak kerana mereka cepat matang dari persekitaran yang global sekarang. Orang dewasa menjadi rujukan utama dan apabila orang dewasa menjauhkan diri dari anank-anak maka mereka akan beralih kepada rakan sebaya, rakan sebaya kadangkala memberikan nasihat yang salah dan mereka sendiri kadang-kadang datang dari keluarga yang berantakan. Keciciran yang tinggi juga faktor penyumbang kepada kesilapan anak-anak apabila bergaul dengan rakan-rakan yang tercicir ini. Apabila anak kita meningkat umur 13 tahun ke atas mereka tidak lagi mahu dilayan seperti anak-anak kecil. mereka mengharapkan dilayan seperti orang dewasa. Kadangkala mereka macam kanak-kanak perlu dibelai dan diberikan semangat.

Wednesday, 7 September 2011

Facebook

5 S

Perkara baik untuk amalan ditempat kerja. Sisih Susun Sapu Seragam Sentiasa Amal

Perkara lain yang penting ialah SOP Standard Operation Procedure

open house

Rumah terbuka budaya yang bolleh mengeratkan silatulrahim dan persahabatan. Kita sebenarnya beruntung kerana dalam perayaan yang diraikan kita boleh menyediakan berbagai juadah dan makanan. Mkanan yang menyelerakan dan mengenyangkan. Perhatian yang paling penting perlu diberikan perhatian ialah kita cuba memenuhi semua undangan disamping itu jangan kita lupakan perkara penting KESIHATAN.

Tuesday, 6 September 2011

Pelajar

Pelajar yang dikasihi hari ini ibu ayah bersusah payah cuba memberikan segala yang termampu untuk menjadikan pelajar-pelajar berjaya dan cemerlang dimasa hadapan bakal memimpin dan mengendalikan sebuah negara. Pengorbanan yang mungkin tidak terbalas namun pelajar - tidak dpat berfikir.   Bayangkanlah suatu masa kita akan dewasa mempunyai anak sendiri dan ketika itu kita pula diperlakukan oelh anak-anak kita seperti yg kita telah lakukan pada ayah ibu. Tentukan hati dan perasaan kita kan terusik